PANDUAN
PENJAGAAN KOMPUTER PERIBADI YANG BAIK
1.
Antivirus
Ini adalah salah satu punca utama komputer cepat
rosak dan merupakan perisian pertama yang anda perlu ada pada computer anda.
Virus, malware atau adware selalunya datang dari internet atau dari pemacu
denyar (flashdrive). Virus yang agresif boleh menyebabkan sistem operasi dan
juga perkakasan komputer anda rosak. Biasanya virus, malware dan adware datang
dari laman sesawang lucah, fail dimuat turun dari laman sesawang torrent
ataupun dari perisian muat turun P2P. Cara terbaik mengelakkan virus adalah
dengan mengelakkan dari memuat turun fail dari sumber yang tidak dikenali.
anti-virus
Perisian anti virus yang boleh dimuat turun secara
percuma mahupun berbayar.
2.
Kemas Kini Sistem Operasi Windows
Kadang kala perisian terbaru memerlukan kemas kini
dari Window bagi membolehkan perisian tersebut berfungsi dengan sempurna. Kemas
kini juga membaiki masalah lain yang terdapat pada Window. Dengan kemas kini,
komputer anda akan bebas dari masalah dan prestasi komputer juga akan
bertambah. Fungsi ini terdapat pada Windows Update.
3.
Penyelenggaraan
Lakukan penyelenggaraan seperti DiskDefragmenter
setiap bulan. Ini bagi mengurangkan tahap tekanan cakera keras anda. Disk
Defragmenter akan menyusun data-data yang anda selalu guna bagi membolehkan
data diambil dengan cepat dengan tekanan yang rendah. Saya cadangkan anda
menggunakan perisian AVG PC TuneUp di mana perisian ini akan menjalankan segala
kerja penyelenggaraan secara automatik atau berjadual. Pemacu Keadaan Pepejal
(Solid State Drive - SSD) tidak memerlukan penyelenggaraan dari Disk
Defragmenter.
4.
Elakkan Panas
Elakkan meletakkan komputer anda di tempat yang
panas atau tempat yang terdedah secara terus kepada matahari. Panas merupakan
musuh utama komputer. Komputer yang terlalu panas akan menyebabkan perkakasan
di dalam komputer rosak atau tidak tahan lama. Masalah panas juga boleh
disebabkan oleh lubang penyejuk yang tersumbat dengan habuk, kipas yang tidak
berfungsi atau lubang udara yang tertutup – apabila anda menggunakan komputer
di atas tilam atau bantal misalnya.
5.
Kebersihan
Bersihkan habuk yang terdapat di dalam komputer anda
paling kurang setiap enam bulan sekali. Habuk bukan sahaja menghasilkan caj
statik, malah ia juga boleh menghalang laluan angin dan menyebabkan perkakasan
komputer menjadi cepat panas. Tempat utama yang penting adalah adalah pada kipas
dan besi penyerap haba.
voltage regulator
Pengatur voltan yang mampu mengelakkan gangguan
daripada sumber bekalan elentrik.
6.
Gunakan Pelindung Lonjakan
Lonjakan (spike) merupakan pembunuh utama komputer.
Ia datang sama ada dari kilat ataupun dari sistem pendawaian yang tidak
sempurna. Biasanya kabel palam berkualiti tinggi pada komputer mempunyai fius
dan hanya sesuai menangkis lonjakan kecil. Anda memerlukan pelindung lonjakan
yang paling kurang mampu menangkis lonjakan dari kilat.
0 comments:
Post a Comment