KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER
Beberapa tindakan dan peraturan perlu diadakan untuk keselamatan pengguna serta semua perkakasan yang terdapat di dalam makmal.
Langkah Keselamatan Makmal Komputer:
- Pelajar hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal dengan mendapat keizinan atau pengetahuan daripada guru terlebih dahulu atau dengan kehadiran guru itu sendiri.
- Setiap pelajar atau pengguna dikehendaki mencatat kehadiran mereka di dalam buku Catatan Pengguna.
- Pelajar atau pengguna tidak dibenarkan membawa masuk sebarang disket persendirian kecuali dipastikan oleh guru ianya bebas daripada serangan virus.
- Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru .
- Had masa pengguna komputer hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada guru.
- Jaga kebersihan makmal dan gunakan terminal yang telah ditetapkan.
- Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer.
Langkah Keselamatan Kebakaran:
- Satu pelan Larian Kecemasan ditempatkan di dalam makmal agar pengguna mengetahui arah yang patut mereka pergi sekiranya berlaku kebakaran.
- Loceng kebakaran dan alat pemadam kebakaran mestilah diletakkan di tempat yang mudah dicapai sekiranya berlaku kebakaran.
- Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahuan.
Langkah Keselamatan makmal
- Untuk mengelakkan makmal daripada pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, semua tingkap dan pintu makmal hendaklah dipasang jeriji.
- Untuk tujuan penyelenggaraan dan menjaga keselamtan komputer serta perkakasan makmal, kerja penyelenggaran dan baik pulih seharusnya dilakukan dari semasa ke semasa. Prosedur ‘defragmenting’ san scandisk terhadap cakera keras perlu dilakukan dalam tempoh 3 bulan. Ini bertujuan agar komputer di dalam makmal sentiasa berada di dalam keadaan yang terbaik.
0 comments:
Post a Comment