PERATURAN
RUANG KERJA YANG BAIK
- Pengguna
tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa
ketiadaan guru.
- Kemaskan makmal komputer sebelum keluar.
Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
- Laporkan sebarang kerosakan dengan segera
kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
- Pastikan alat pemadam api ada dan
berfungsi.
- Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga
kebersihan makmal komputer.
- Semua pengguna dikehendaki mengikuti
Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer.
- Semua
pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log /
rekod penggunaan makmal komputer.
- Pengguna dilarang melayari Internet
melalui pautan kepada alamatalamatyang melampau / tidak bermoral(lucah).
- Pengguna dilarang membuat bising,
berlari-lari, bergurau-senda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal
komputer.
- Pengguna komputer dilarang mebuat
sebarang pengubahsuaian ke atassambungan wayar di komputer.
- .
Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali
dengan izin guru yang bertugas.
- .
Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari
makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
- .
Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang
terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan
dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer.
- .
Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung.
0 comments:
Post a Comment