Wednesday, 6 April 2016

0

PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER PERIBADI YANG BAIK


PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER PERIBADI YANG BAIK

1. Antivirus

Ini adalah salah satu punca utama komputer cepat rosak dan merupakan perisian pertama yang anda perlu ada pada computer anda. Virus, malware atau adware selalunya datang dari internet atau dari pemacu denyar (flashdrive). Virus yang agresif boleh menyebabkan sistem operasi dan juga perkakasan komputer anda rosak. Biasanya virus, malware dan adware datang dari laman sesawang lucah, fail dimuat turun dari laman sesawang torrent ataupun dari perisian muat turun P2P. Cara terbaik mengelakkan virus adalah dengan mengelakkan dari memuat turun fail dari sumber yang tidak dikenali.
anti-virus
Perisian anti virus yang boleh dimuat turun secara percuma mahupun berbayar.


2. Kemas Kini Sistem Operasi Windows

Kadang kala perisian terbaru memerlukan kemas kini dari Window bagi membolehkan perisian tersebut berfungsi dengan sempurna. Kemas kini juga membaiki masalah lain yang terdapat pada Window. Dengan kemas kini, komputer anda akan bebas dari masalah dan prestasi komputer juga akan bertambah. Fungsi ini terdapat pada Windows Update.

3. Penyelenggaraan

Lakukan penyelenggaraan seperti DiskDefragmenter setiap bulan. Ini bagi mengurangkan tahap tekanan cakera keras anda. Disk Defragmenter akan menyusun data-data yang anda selalu guna bagi membolehkan data diambil dengan cepat dengan tekanan yang rendah. Saya cadangkan anda menggunakan perisian AVG PC TuneUp di mana perisian ini akan menjalankan segala kerja penyelenggaraan secara automatik atau berjadual. Pemacu Keadaan Pepejal (Solid State Drive - SSD) tidak memerlukan penyelenggaraan dari Disk Defragmenter.

4. Elakkan Panas

Elakkan meletakkan komputer anda di tempat yang panas atau tempat yang terdedah secara terus kepada matahari. Panas merupakan musuh utama komputer. Komputer yang terlalu panas akan menyebabkan perkakasan di dalam komputer rosak atau tidak tahan lama. Masalah panas juga boleh disebabkan oleh lubang penyejuk yang tersumbat dengan habuk, kipas yang tidak berfungsi atau lubang udara yang tertutup – apabila anda menggunakan komputer di atas tilam atau bantal misalnya.

5. Kebersihan

Bersihkan habuk yang terdapat di dalam komputer anda paling kurang setiap enam bulan sekali. Habuk bukan sahaja menghasilkan caj statik, malah ia juga boleh menghalang laluan angin dan menyebabkan perkakasan komputer menjadi cepat panas. Tempat utama yang penting adalah adalah pada kipas dan besi penyerap haba.

voltage regulator
Pengatur voltan yang mampu mengelakkan gangguan daripada sumber bekalan elentrik.


6. Gunakan Pelindung Lonjakan

Lonjakan (spike) merupakan pembunuh utama komputer. Ia datang sama ada dari kilat ataupun dari sistem pendawaian yang tidak sempurna. Biasanya kabel palam berkualiti tinggi pada komputer mempunyai fius dan hanya sesuai menangkis lonjakan kecil. Anda memerlukan pelindung lonjakan yang paling kurang mampu menangkis lonjakan dari kilat.


Read More

Thursday, 17 March 2016

0

Peraturan yang Patut Dipatuhi Semasa Berada Dalam Ruang Kerja

PERATURAN RUANG KERJA YANG BAIK

  •  Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
  •  Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
  •  Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
  •  Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
  •  Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
  •  Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer.
  • Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan makmal komputer.
  •  Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamatalamatyang melampau / tidak bermoral(lucah).
  •  Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
  •  Pengguna komputer dilarang mebuat sebarang pengubahsuaian ke atassambungan wayar di komputer.
  • . Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
  • . Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
  • . Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer.
  • . Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
Read More

Wednesday, 2 March 2016

0

KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER

KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER

Beberapa tindakan dan peraturan perlu diadakan untuk keselamatan pengguna serta semua perkakasan yang terdapat di dalam makmal.
Langkah Keselamatan Makmal Komputer:
  1. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal dengan mendapat keizinan atau pengetahuan daripada guru terlebih dahulu atau dengan kehadiran guru itu sendiri.
  2. Setiap pelajar atau pengguna dikehendaki mencatat kehadiran mereka di dalam buku Catatan Pengguna.
  3. Pelajar atau pengguna tidak dibenarkan membawa masuk sebarang disket persendirian kecuali dipastikan oleh guru ianya bebas daripada serangan virus.
  4. Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru .
  5. Had masa pengguna komputer hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada guru.
  6. Jaga kebersihan makmal dan gunakan terminal yang telah ditetapkan.
  7. Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer.
Langkah Keselamatan Kebakaran:
  1. Satu pelan Larian Kecemasan ditempatkan di dalam makmal agar pengguna mengetahui arah yang patut mereka pergi sekiranya berlaku kebakaran.
  2. Loceng kebakaran dan alat pemadam kebakaran mestilah diletakkan di tempat yang mudah dicapai sekiranya berlaku kebakaran.
  3. Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahuan.
Langkah Keselamatan makmal
  1. Untuk mengelakkan makmal daripada pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, semua tingkap dan pintu makmal hendaklah dipasang jeriji.
  2. Untuk tujuan penyelenggaraan dan menjaga keselamtan komputer serta perkakasan makmal, kerja penyelenggaran dan baik pulih seharusnya dilakukan dari semasa ke semasa. Prosedur ‘defragmenting’ san scandisk terhadap cakera keras perlu dilakukan dalam tempoh 3 bulan. Ini bertujuan agar komputer di dalam makmal sentiasa berada di dalam keadaan yang terbaik.
Read More

Monday, 29 February 2016

0

Sejarah Komputer



SEJARAH KOMPUTER

   Sejarah komputer bermula dari dijumpai abakus atau sempoa kira-kira 5000 tahun yang lalu sebagai alat hitung pertama. Alat ini dijumpai petama kali dalam sejarah Babilon Kuno, berbentuk belahan papan di atasnya ditaburi pasir sehingga orang boleh menulis atau mengira. Orang Yunani menyebutnya abacos yang bererti menghapus debu. Lalu oleh bangsa China, abakus ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pada palang atas dimasukkan 2 bijian dan 5 bijian pada palang bawah. Sehingga bentuknya seperti yang kita lihat pada masa ini. Ada pula yang mengatakan sejarah komputer berawal dari penemuan alat mekanik dan elektronik untuk proses olah data yang membantu dalam pengiraan cepat. Yakni bermula dari Blaise Pascal yang menjumpai kalkulator roda berangka yang dipanggil Pascaline pada tahun 1646 untuk membantu ayahnya mengira dengan cepat. Dengan penemuan ini, Blasie Pascal disebut-sebut oleh para ahli komputer sebagai pencetus idea pertama membuat komputer digital. Lalu alat ini disempurnakan oleh Gottfred Wilhem van Leibniz, ahli matematik asal Jerman dan lebih disemprunakan lagi oleh de Colmar pada tahun 1802 yang membuat alat ini boleh melakukan operasi perkalian, pembagian, pengrungan, dan penjumlahan.

   Lalu pada tahun 1812, Charles Babbage (1791-1871) seorang profesor matematik warganegara Inggeris, memajukan peranti ini di bidang hardware dengan mencari sebuah difference engine yang membolehkan pengiraan jadual matematik. Lalu, Babbage mencari idea mengenai analytical engine pada tahun 1834 ketika bermaksud mengembangkan difference engine-nya. Dan saat itu Orang-orang yang pesimis menyebut penemuannya dengan nama Babbage 's Folly (kebodohan Babbage). Babbage bekerja dengan mesin penganalisanya hingga meninggal dunia. Charles Babbage, memperhatikan keserasian alam antara mesin mekanik dan matematik iaitu mesin mekanik sangat sesuai dalam melakukkan tugas yang sama dan berulangkali tanpa kesalahan. Sedang matematik memerlukan wakil sederhana dari suatu langkah-langkah tertentu, mesin tersebut dinamakan Mesin Differensial dengan memakai daya tenaga wap, mesin tersebut dapat menyimpan program dan boleh melakukan pengiraan serta mencetak hasilnya secara automatik. Penemuan Babbage dan pemikiran-pemikirannya yang terperinci (hasil kajian) menggambarkan ciri-ciri komputer elektronik moden. Penemuan Babbage ini merupan tonggak sejarah komputer moden.
 
   Setelah bekerja dengan Mesin Differensial selama satu dekad, Babbage terinspirasi untuk membuat komputer general-purpose yang pertama, yang disebut Analytical Engine. Pembantu Babbage, Augusta Ada King (1815-1842) mepunyai peranan penting kerana telah membantu menyemak semula rancangan dan mencari pembiayaan dari pemerintah Kerajaan Inggeris, dan menyampaikan tujuan Analytical Engine kepada semua. Selain itu, pemahaman Augusta yang baik tentang mesin ini membolehkannya membuat arahan untuk di input ke dalam mesin dan juga membuatnya menjadi programmer perempuan pertama. pada tahun 1980, DoD atau Jabatan Pertahanan, Pentagon USA menamakan sebuah bahasa pemrograman dengan nama ADA sebagai penghormatan pada Babbage atas jasanya.

   Mesin wap Babbage tidak pernah rampung dikerjakan, kelihatan sangat sederhana jika dibandingkan dengan piawaian mesin sekarang ini. Walaupun demikian, alat tersebut menggambarkan elemen dasar dari sebuah komputer moden dan juga mendedahkan sebuah konsep penting. Terdiri daripada kira-kira 50,000 komponen, Basic reka bentuk dari Analytical Engine mempergunakan Punched Card (berlubang-lubang) yang memuatkan Arahan operasi bagi mesin itu.

   Penggunaan alat prosessing Data Automatik oleh The U.S. Bureau of Cencus tidak dapat menampung isu dari tahun 1880 hingga pada tahun 1888. Pemimpin Bureau lalu menghentikan perkara itu sebelum mencapai 10 tahunan. Suruhanjaya The U.S. Bureau, Herman Hollerith seorang pakar statistik memanfaatkan kepiawaiannya dalam menggunakan punched-card untuk bancian di tahun 1890. Dengan pemprosesan punched-card dan mesin Hollerith (Hollerith 's punched-card machine), isu tersebut boleh ditampungkan dalam masa 2.5 tahun. pada
saat itulah bermulanya pemprosesan data secara automatik yang di torehkan dalam sejarah perkembangan komputer.
  Dari awal Sejarah Komputer seperti disebut di awal artikel diatas, dengan ditemukannyanya abakus sebagai alat hitung biasa, sampai memasuki Komputer generasi pertama sebagai tonggak sejarah komputer moden dari 6 dekad yang lalu. Perkembangan komputer hingga saat ini sudah memasuki komputer generasi kelima.
Read More
Powered by Blogger.